Thursday, August 7, 2008

UPDATE 3: Mini gathering Port Dickson

Aktiviti malam BBQ seperti yang dirancang dari awal perancangan mini-gathering ni bermula pada pukul 9 malam. Tapi seawal 7.30 petang lagi boys dah semangat menghidupkan api arang untuk dijadikan bara untuk tujuan membakar ayam percik yang merupakan menu utama hasil resepi rahsia Khalil . Selain ayam antara makanan lain yang ada untuk santapan perut malam tu seperti daging burger cinta hati (sebab dibentuk menjadi hati), sandwich telur, spageti bolognase dan macam-macam lagi makanan yang sememangnya tak habis di makan oleh kami ber-16. Sepanjang aktiviti BBQ tu, banyak benda yang di bualkan dan di ceritakan dari setiap orang. Memang meriah dan happening habis, bergelak ketawa dari awal sampai habis. Ada je idea nak kenakan antara satu sama lain. Aduh...memang mengimbau kembali zaman sekolah dulu. Rindu sungguh zaman dulu-dulu. Lama sangat tak jumpa kawan-kawan semua. Benda yang paling best adalah sesi tangkap gambar mengikut kelas tingkatan satu tu. Memang nostalgia sungguh. Memang banyak perubahan dapat dilihat dalam diri setiap sorang jika lihat balik gambar kelas yang ditangkap zaman sekolah dulu.






Oh ye..tak lupa juga, kejutan sambutan hari lahir `in advance’ untuk Saifol Anwar. Memang boleh dikira sangat berjaya la idea oleh sapa lagi kalau bukan tunang tersayang si Saifol tu iaitu Cik Umi kita tu. Meredah mencari Secret Recipe di pekan Lukut semata-mata nak cari kek birthday. Nasib la Umi ni ditemani pembantu yang berpengalaman dan cekap macam kami berempat, maka misi pun berjaya. Jenuh jugak la sembunyikan idea ni dari semua boys sebab tak nak diaorang sume pecah tembelang. Untuk menjayakan persiapan kejutan ni, maka Umi pun terpaksa la berlakon kononnya sakit perut dan minta Saifol temankan dia gi beli air. Dapat la jugak si Umi ni air mineral sebotol kecil untuk dihabiskan dalam masa baper minit saja. Nasib la kan, nak buat kejutan kena la berkorban (sedap ke minum air tu weh?). hehe.. Bila diaorang dua dah sampai kat tempat BBQ, maka lagu birthday pun berkumandang dengan kuatnya (ye la, lelaki kan lagi ramai dari perempuan). Memang terkejut habis la muka si Saifol ni. Terharu pun ye jugak sebab tak sangka-sangka orang akan sambut birthday dia seminggu awal. Umi memang dah bercadang nak buat sambutan awal since dah berkumpul ramai-ramai ni kan. To Saifol, tunang ko ni memang pakar buat surprise-suprise event ni. Memang tak terduga langsung. Ada je idea dia nak membuatkan orang terharu. Memang ‘Wa kena beb’ betul. Sabor je la ye... Jangan sedih-sedih lagi dengan hp ko yang masuk dalam air tu.




Ermmm... apa lagi ek? Rasanya itu je kot... Kalo nak cite semua memang panjang sangat. Tak larat nak taip. Ape-ape pun tak sabar nak tunggu aktiviti seterusnya. Bagi yang amik gambar tu, cepat-cepat la send gambar korang kat aku weh. Tak sabar nak tengok... ha, satu lagi. lupa nak cakap. korang yang lain tu, rajin-rajin la melawat blog ni dan menyumbangkan apa-apa berita untuk dikongsi bersama. Takde la nanti nampak sangat aku dengan umi je dok gila meng'update' blog. Nanti dah nampak macam blog kitaorang je, bukan blog SMKTTSPM2000. See you...
Posted by: Riza Afzan Asri

posted by SMKTT SPM2000 @ 2:36 PM  

4 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home