Thursday, August 14, 2008

Cuba View Web Ni

posted by SMKTT SPM2000 @ 3:56 PM   0 Comments

Fikir2kan lah yg lain lg yerk!!


hahaha.. disebabkan aku takde keje nak buat dan aku gak yg kasi idea ni so aku sumbangkan lah logo ni. kepada rakan2 yg lain perah2kan lah kepala tu designkan logo yg lagi mantap!! aku tak brape nak pandai sgt :p hehehe..

posted by caravansary

posted by SMKTT SPM2000 @ 3:34 PM   8 Comments

Speak Up Silent Readersssssssss!!!

togeder geder
aku rasa terpanggil nak post entry pasal SILENT READER. aku tau ramai gak kengkawan yg membaca tp xghajin nak coret pape. so kawan2, untuk memantapkan blog ni kami memerlukan sokongan dari korang sumer. come on! share la citer2 terbaru korang dan kalo korang ada topic2 menarik yang boleh dikongsi bersama jangan malu jangan segan post je kat sini. get id and password asap. aku xley nak disclose kat sini 4 security purposes. kang mana tau kan ada yg dari ghana plak post entry. haha. wokeh ! sini la tempatnya kita nak built our own networking. plz contribute some efforts in supporting our group !

regards,
umi

posted by SMKTT SPM2000 @ 2:49 PM   1 Comments

Logo untuk batch SPM2000

Salam kengkawan semua.. memandangkan aktiviti batch kita ni semakin mendapat sambutan walaupun ada yg tak dapat join contohnya seperti aku sendiri tp semangat tu tetap ada. So ape kata kepada kawan2 yg mahir dan kreatif dapat menghasilkan logo yg dapat melambangkan batch kita ni.. then leh lar g buat t-shirt ke sticker ke ape ke. Nak lagi bagus daftarkan group kita ni then takde lah yg leh nak ciplak menciplak... Ok kengkawan, miss u all!!
posted by caravansary

posted by SMKTT SPM2000 @ 1:49 PM   14 Comments

Wednesday, August 13, 2008

Dinner@Restoran Nelayan Titiwangsa

kepada kawan kawan sumer, AJK suka2 hati telah merancang mengadakan dinner togeder geder pada weekend ni. mejlis gilang gemilang itu (ahaks) akan diadakan seperti berikut:-

Date : 17 August 2008
Day : Sunday
Time : 8pm-10.30pm
Venue : Restoran Nelayan Titiwangsa
Fees : RM28 per pax (buffet plus steamboat wokeh)


kalo nak negok ghope restoran silalah layari web ni... http://www.nelayan.com.my

so moh le ramai2 memeriahkan mejlis. sesapa yang berminat bgtau aku asap. boley emel or contact aku terus coz aku nak buat reservation. selewat2nya inpom aku jumaat b4 12pm. TQ

Participants setakat 13/08/08
  1. khalil
  2. arif
  3. aye
  4. faris
  5. nurul
  6. fazlina
  7. amer mok
  8. umi
  9. riza
  10. sapared
  11. asliza
  12. megat
  13. partner megat
  14. nazlina
  15. hazli
Notes:
seperti biasa... xada paksaan utk join ok!

regards,
umi

posted by SMKTT SPM2000 @ 8:15 AM   2 Comments

Thursday, August 7, 2008

UPDATE 4: Mini gathering Port Dickson












Posted by: Riza Afzan Asri

posted by SMKTT SPM2000 @ 3:06 PM   0 Comments

UPDATE 3: Mini gathering Port Dickson

Aktiviti malam BBQ seperti yang dirancang dari awal perancangan mini-gathering ni bermula pada pukul 9 malam. Tapi seawal 7.30 petang lagi boys dah semangat menghidupkan api arang untuk dijadikan bara untuk tujuan membakar ayam percik yang merupakan menu utama hasil resepi rahsia Khalil . Selain ayam antara makanan lain yang ada untuk santapan perut malam tu seperti daging burger cinta hati (sebab dibentuk menjadi hati), sandwich telur, spageti bolognase dan macam-macam lagi makanan yang sememangnya tak habis di makan oleh kami ber-16. Sepanjang aktiviti BBQ tu, banyak benda yang di bualkan dan di ceritakan dari setiap orang. Memang meriah dan happening habis, bergelak ketawa dari awal sampai habis. Ada je idea nak kenakan antara satu sama lain. Aduh...memang mengimbau kembali zaman sekolah dulu. Rindu sungguh zaman dulu-dulu. Lama sangat tak jumpa kawan-kawan semua. Benda yang paling best adalah sesi tangkap gambar mengikut kelas tingkatan satu tu. Memang nostalgia sungguh. Memang banyak perubahan dapat dilihat dalam diri setiap sorang jika lihat balik gambar kelas yang ditangkap zaman sekolah dulu.






Oh ye..tak lupa juga, kejutan sambutan hari lahir `in advance’ untuk Saifol Anwar. Memang boleh dikira sangat berjaya la idea oleh sapa lagi kalau bukan tunang tersayang si Saifol tu iaitu Cik Umi kita tu. Meredah mencari Secret Recipe di pekan Lukut semata-mata nak cari kek birthday. Nasib la Umi ni ditemani pembantu yang berpengalaman dan cekap macam kami berempat, maka misi pun berjaya. Jenuh jugak la sembunyikan idea ni dari semua boys sebab tak nak diaorang sume pecah tembelang. Untuk menjayakan persiapan kejutan ni, maka Umi pun terpaksa la berlakon kononnya sakit perut dan minta Saifol temankan dia gi beli air. Dapat la jugak si Umi ni air mineral sebotol kecil untuk dihabiskan dalam masa baper minit saja. Nasib la kan, nak buat kejutan kena la berkorban (sedap ke minum air tu weh?). hehe.. Bila diaorang dua dah sampai kat tempat BBQ, maka lagu birthday pun berkumandang dengan kuatnya (ye la, lelaki kan lagi ramai dari perempuan). Memang terkejut habis la muka si Saifol ni. Terharu pun ye jugak sebab tak sangka-sangka orang akan sambut birthday dia seminggu awal. Umi memang dah bercadang nak buat sambutan awal since dah berkumpul ramai-ramai ni kan. To Saifol, tunang ko ni memang pakar buat surprise-suprise event ni. Memang tak terduga langsung. Ada je idea dia nak membuatkan orang terharu. Memang ‘Wa kena beb’ betul. Sabor je la ye... Jangan sedih-sedih lagi dengan hp ko yang masuk dalam air tu.




Ermmm... apa lagi ek? Rasanya itu je kot... Kalo nak cite semua memang panjang sangat. Tak larat nak taip. Ape-ape pun tak sabar nak tunggu aktiviti seterusnya. Bagi yang amik gambar tu, cepat-cepat la send gambar korang kat aku weh. Tak sabar nak tengok... ha, satu lagi. lupa nak cakap. korang yang lain tu, rajin-rajin la melawat blog ni dan menyumbangkan apa-apa berita untuk dikongsi bersama. Takde la nanti nampak sangat aku dengan umi je dok gila meng'update' blog. Nanti dah nampak macam blog kitaorang je, bukan blog SMKTTSPM2000. See you...
Posted by: Riza Afzan Asri

posted by SMKTT SPM2000 @ 2:36 PM   4 Comments

Wednesday, August 6, 2008

UPDATE 2 : Mini Reunion@Port Dickson















ni antara gambar2 yang aku sempat snap la kan. tu pun pagi ahad baru camera aku berfungsi. xde battery. so gambar best2 kayak sakan, bbq n dinner malam tu sumer kat camera riza, arip, adan and amer mok. nanti yang tu diorang upload sendiri ek. ghajin2 sikit ! overall aku mmg enjoyed sgt dgn mini picnic ni. walopun ada yg bertanya "ai brapa kerat je yang datang?" aku tetap xkesah. terpulang la. kami xde pun target berpuluh2 orang pg. sebab dari awal dah tau masing2 pakat ada komitmen sendiri. jadi mana yang ada je kami proceed. bukan jadi masalah pun sesapa yang saja nak boikot xnak pegi. xjadi kudis pun. pada aku senang, kalo nak join jom. kalo xnak sudah. aku xpaksa. tp stop la kutuk2 blakang and kondem apa orang lain buat. niat hanya satu, nak jumpa kawan2 n nak merapatkan ukhuwwah sesama kita. pada yang datang terima kasih banyak, pada yang xdapat datang tp sentiasa support next time kita buat lagi korang boley join n pada yang xberminat nak datang komen sana sini berdegar2 korang pulak arrange reunion ! senang sket ye. kami datang bawak diri je. ok kan? :-)

thanks pada bebudak 15 kerat plus 1 ejen tambahan sbb memeriahkan suasana dan bersungguh bagi komitmen. Pada khalil, thanks a lot kerana telah bertindak dengan jayanya sbg ketua kampung sementara program picnic kita ni. pada kawan2 yang telah mengeluarkan tenaga dan wang ringgit, jasa korang sangat lah dihargai. suka betul aku, zaman skang pg picnic xyah paksa2 bayar. sumer berebut2 blanja. hehe. nanti korang blanja lagi ye. arip, nak laksa!!!!!!!

Participantas:
khalil, adi, umi, siti, amer, adan, nurul, arip, shikin, aye, riza, ali, hasrul, sepol, bk n farez

Posted by umi

posted by SMKTT SPM2000 @ 11:23 AM   3 Comments

Tuesday, August 5, 2008

UPDATE 1: Mini Reunion Port Dickson

Seramai 15 orang bekas pelajar memeriahkan majlis. 5 daripada 6 kelas berjaya menghantar wakil. Jadi, gambar mengikut kelas Tingkatan 1, 1996 telah dirakamkan sebagai kenangan mengingati zaman-zaman 'hingusan' semua orang. Jenuh jugak la nak ingat kelas mana kan. dah hampir 8 tahun meninggalkan zaman sekolah. Enjoy the picture ok (gambar di susun mengikuti jumlah wakil dari setiap kelas).

Kelas 1 Razi 1996 (dari kiri ke kanan) - Atas: Saifol Anwar, Shahrir@ Aye, Hasrul, Khairul Riduan @ B.K. Bawah: Riza Afzan, Norasshikin


Kelas 1 Khaldun 1996 (dari kiri ke kanan) - Khairil Amir, Umikalsum, Ramadhan, Siti Norkhalilah, Mohd. Khalil

Kelas 1 Jabar 1996 - Arif Fadzli dan Nurul Fadzilah

Wakil Tunggal 1 Qayyum 1996 - Muhd. Nor Hazli

Wakil Tunggal 1 Farabi 1996 - Ahmad Zaman Hadi

Tiada Wakil 1 Sina


Sumber: Riza Afzan Asri

posted by SMKTT SPM2000 @ 2:43 PM   3 Comments